Kontraktor Booth Pameran MOF Certified Malaysia | EXHIRENO Berdaftar ePerolehan

Kontraktor Booth Pameran MOF Certified di Malaysia

Jika anda mencari “MOF certified booth contractor Malaysia”, biasanya anda daripada pasukan procurement, agensi kerajaan, GLC, universiti, atau syarikat korporat yang perlukan vendor yang patuh dan mudah lulus audit.

Anda bukan cari kontraktor paling pandai cakap. Anda cari kontraktor yang boleh dibuktikan statusnya dalam sistem rasmi dan boleh ikut aliran kerja tender atau sebut harga tanpa drama dokumen saat akhir. ePerolehan ialah portal rasmi untuk pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan dan urusan berkaitan.

Status MOF EXHIRENO

 

EXHIRENO Sdn Bhd berdaftar rasmi dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, nombor sijil K98276015284361870, rujukan pendaftaran 357 0002432878, tempoh sah 21 Disember 2025 hingga 20 Disember 2028. (Download pdf cert)

Kod bidang yang relevan untuk kerja booth pameran

Ramai vendor kata mereka “buat booth”. Procurement pula perlukan kod bidang yang betul dan aktif. Untuk pembinaan dan pemasangan berkaitan pameran, EXHIRENO mempunyai kod bidang aktif termasuk 221305 untuk stage dan exhibition setup serta 221401 untuk interior decoration. Ini dekat dengan skop sebenar kerja booth, pemasangan, kemasan, dan koordinasi tapak.

Apa sebenarnya maksud MOF certificate

Di Malaysia, orang selalu sebut “MOF certified”. Secara praktikal, ia merujuk kepada pendaftaran dengan Kementerian Kewangan melalui ePerolehan untuk membolehkan syarikat berurusan dalam perolehan kerajaan mengikut skop yang didaftarkan.

Kenapa MOF status lindungi projek anda

Bila vendor berdaftar, kerja procurement jadi lebih lancar sebab jejak audit lebih kemas, pemilihan vendor lebih mudah dipertahankan, dan risiko sangkut kerana isu dokumen berkurang. Dalam urusan perolehan tertentu, syarikat juga perlu mematuhi keperluan sijil digital untuk transaksi dalam sistem, jadi proses pengesahan dan tandatangan lebih terkawal.

Ini point penting yang ramai salah faham

MOF registration bukan jaminan anda akan menang projek kerajaan. Ia juga bukan lesen untuk claim “paling dipercayai” tanpa bukti prestasi. Ia cuma bermaksud syarikat melepasi syarat pendaftaran untuk menyertai proses perolehan mengikut peraturan dan penilaian pihak pembeli.

Apa anda dapat bila lantik EXHIRENO untuk booth pameran

Anda dapat kontraktor yang fokus pada keboleh binaan, readiness tapak, disiplin pemasangan, dan kelancaran teardown. Bukan sekadar visual cantik atas kertas tapi gagal di hall. Kami selaraskan reka bentuk dengan bajet, peraturan venue, timeline, dan keperluan site supaya procurement tidak meluluskan konsep yang akhirnya tidak boleh deliver.

Siapa patut hubungi kami

Jika anda perlukan kontraktor booth pameran di Malaysia yang MOF berdaftar untuk kegunaan tender, sebut harga, atau pembelian korporat, ini memang kategori anda. Jika anda pernah kena isu lewat siap, binaan tak selamat, atau koordinasi onsite yang huru hara, anda juga kategori yang patut cari vendor yang lebih terkawal.

FAQ

Adakah MOF bermaksud projek kerajaan confirm dapat?

Tidak. MOF hanya kelayakan untuk masuk proses. Keputusan tetap ikut peraturan dan penilaian pembeli.

Kod bidang apa yang biasa orang cari untuk booth?

Untuk skop booth dan kerja berkaitan pameran, kod yang relevan termasuk 221305 dan 221401 seperti dinyatakan di atas.

Jika anda sedang cari “MOF certified booth contractor Malaysia”, send kami nama event, lokasi venue, tarikh setup, saiz booth, dan target bajet.